top of page

[TAK KISAH KESELAMATAN PEKERJA?]



Ada satu petang tu, aku pi singgah kedai mamak beli bungkus makanan untuk dinner. Drive punya lama keliling shop lot tu tak jumpa parking, terpaksa park kereta belakang kedai mamak.


Dah park kereta aku pun jalan ke bahagian depan kedai mamak, lalu kawasan dapur mamak belah belakang.


Aku perhatii jee, rajin tekun betul pekerja kat mamak ni bekerja, berusaha nak masak untuk customer yang kelaparan & kebanyakan terpaksa tapau in between waktu bekerja.


Masa aku lalu tu jugak ternampak bahagian tiang konkrit lantai dapur kedai mamak tu - Astarghfirullah, berlumut & retak boleh tahan y'all!! Terbayang pulak aku bila tiang tu terus meretak dan merebak sampai ke lantai dapur.


Agak-agak la kan, apa jadi dengan nasib pekerja tu nanti yang khusyuk & rajin bekerja masak dan mencari rezeki halal.


Bukan apa guys - keselamatan mereka dalam keadaan risiko tu. Owner kedai makan sepatutnya kena bertanggungjawab atas keselamatan pekerja dia.


You all faham ke ape yang aku nak sampaikan ni?

Aku tulis ni sebagai seorang customer yang prihatin, sebab takut dan risau dengan keselamatan pekerja kat kedai mamak tu. Korang rasa ke rasa apa yang aku rasa ni? Tengok gambar pun tahu - tiang bukan je berlumut & lembap, dah crack skali tu! Bila-bila boleh runtuh je base tu!


Agak-agak korang tahu ke punca crack ni? Aku boleh share apa yang aku tau.

Puncanya dari factor tersebut :


1) Jalan tar basah dan bertakung. Tiang tu terdedah kepada jalan basah dan lembap. Sebab tu boleh ada lumut hijau dan nampak kotor.

2) Cuaca hujan basah dan lembap menyebabkan struktur tiang terhakis, makin lemah dan lembap. Sangat bahaya bila nak kukuhkan lantai di atas.


3) Bila basah dan lembap, proses karat berlaku pada besi konkrit di dalam tiang. Proses karat berlaku dalam keadaan sempit di dalam konkrit sehingga terpaksa meretakkan struktur tiang konkrit.


Kalau customer boleh ambil kisah, kenapa owner kedai tak boleh ambil kisah ?

Punca-punca macam ni sempat lagi nak cegah, sebelum keselamatan pekerja terjejas.


Sekali lagi aku nak tanya, korang rasa ke rasa apa yang aku rasa ni? Kalau rasa tolong la sebarkan artikel ni dekat mana mana pemilik kedai makan yang korang kenal, biar diorang check betul2 level keselamatan kedai makan diorang.


Kenapa aku nak mintak share artikel ni?

  • Zaman PKP ni, time ni la paling kita nak elak jabatan kuatkuasa untuk datang raid kedai makan you

  • tak pasal pasal nanti kena saman, kena tutup operasi

  • kalau terlambat, takut cedera nanti pekerja akibat kemalangan yang sebenarnya boleh elak!

  • kesian pekerja nak cari rezeki halal, kita kan nak kurangkan kes mental kat negara ni. Covid ni dah banyak yang sengsara...faham kan?

Jangan sebab kita ignore isu ni and kita anggap isu ni kecik - kita terpaksa tutup kedai dan terjerumus dalam keadaan yang stress. Tekan je butang share kat bawah artikel ni. Free je.


Ok ke ok?


Kepada mereka yang risau dengan keselamatan disebabkan masalah keadaan macam ni, cepat hubungi kami sebelum mereka menjadi mangsa .


Whatsapp kami di :


Sila layari laman web kami untuk info lebih lanjut di


atau


Like & Follow Facebook Page kami di

16 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page