[MASALAH KEROSAKAN PERMUKAAN KONKRIT]

Updated: Dec 13, 2020

Konkrit adalah struktur utama yang sering digunkan dalam sektor pembinaan. Tanpa konkrit struktur bangunan tidak dapat didirikan dan dibentuk. Tidak kira rumah, office lot, shop lot, shopping complex, infrastruktur dan sebagainya. Akan tetapi, struktur konkrit juga mudah terdedah kepada beberapa kerosakan yang boleh mengakibatkan keruntuhan bangunan dan merisikokan keselamatan orang awam di persekitarannya. Kos membaiki dan membina semula pula mahal malah tawar hati kontraktor untukm elakukannya semula.

Jom kita kenali beberapa jenis kerosakan konkrit yang sering berlaku pada struktur bangunan.


1) Keretakkan atau Cracking

Kerosakan ini sering kita lihat di tempat awam. Selalunya berlaku disebabkan pelbagai punca seperti proses bancuhan yang salah, penembusan air ke dalam konkrit , reaksi pada cuaca dan proses karat yang berlaku pada besi rebar di dalam konkrit.


2) Corak Retakan atau Crazing

Kerosakan ini seperti retak tetapi bukanlah retak yang membelahkan permukaan. Ia mempunyai ruang retak yang sangat kecil dan menonjolkan corak retakan buruk di permukaan konkrit.


Sakit mata memandang tau. Crazing berlaku kerana proses pengerasan yang terlalu cepat disebabkan suhu cuaca yang tinggi atau campuran air yang banyak ketika bancuh atau proses curing yang tidak mencukupi.


3)Lumut Hijau



Korosakan ini sangat menjijikkan , memberi penampilan yang kotor dan tidak menceriakan suasana persekitaran. Ini sering berlaku pada permukaan konkrit yang sangat lama. Masalah ini berlaku kerana sering terdedah dengan cuaca hujan dan lembap.


Cuaca basah dan lembap memudahkan benda hidup seperti kulat, lumut dan bacteria untuk membiak dan tumbuh di permukaan konkrit.


4) Pudar


Konkrit pudar apabila sentiasa terdedah pada cahaya UV yang menghakiskan warna permukaan konkrit. Lantai imprint konkrit sering menjadi pudar yang sangat menyuramkan dan menyedihkan suasana apatah lagi suasana di kawasan perumahan. Mood kita pun dah tak ceria.

Masalah ini boleh dicegah dengan konkrit coating kerana boleh mengekalkan warna konkrit yang sedia ada. Maka, suasana rumah pun kekal cantik!!


5) Efflorescence


Masalah ini berlaku disebabkan kandungan komponen garam di dalam air yang menembusi permukaan konkrit. Ini memberi reaksi pada konkrit dan menghasilkan kesan-kesan

putih pada permukaannya. Efflorescence sering berlaku pada kolam air atau “water features” yang diisi dengan air chlorine. Air chlorine inilah yang mengandungi garam.


Habis rosaklah taman kediaman rumah kita.


As a contractor pula, sanggup ke kita membina dan membaiki semula struktur konkrit yang telah rosak dengan harga yang sememangnya mahal dan membuang masa.


Mencegah lebih baik dari membaiki.


Kami ada jalan penyelesaian yang mudah dan murah untuk mencegah kerosakan konkrit.


Sila layari laman web kami untuk info lebih lanjut di www.likearmour.com.my ,

atau Like & Follow Facebook Page kami di https://www.facebook.com/likearmourmalaysia


Visit https://shopee.com.my/Like-Armour-Coatings-Concrete-Sealer-i.99558541.2051014973

to purchase.

19 views0 comments

Recent Posts

See All

Apa itu Sealer?

Sealer adalah sejenis produk coating yang sering digunakan sebelum lapisan primer dan topcoat pada permukaan struktur konkrit. Ia mempunyai kelebihan meresap ke dalam konkrit dan menjadi sebahagian da

© 2018 by Like Armour.

  • Facebook - Grey Circle
  • Twitter - Grey Circle
  • Instagram - Grey Circle
  • YouTube - Grey Circle
  • LinkedIn