Karat adalah sejenis proses kakisan yang secara langsung membawa kemorosotan kepada pelbagai bahan khususnya besi. Ia terhasil daripada tindak balas kimia (chemical reaction) dengan keadaan cuaca persekitaran di mana cecair (cuaca) dan pepejal (besi) bertindak balas menghasilkan proses karat.
Karat sering dikaitkan dengan permukaan besi yang terdedah kepada cuaca persekitaran yang mengandungi gas, air, wap , garam dan asid. Cuaca sebegini boleh mempercepatkan proses karat seperti hujan dan angin laut. Sebagai contoh, garam dan karbon hitam berinteraksi dengan molekul besi lalu mempercepatkan proses karat dan kakisan.
Seperti kejadian fenomena alam gempa bumi , karat atau kakisan membahayakan dan membawa kerosakan berkos tinggi kepada pelbagai struktur dan alat seperti kenderaan, peralatan rumah, saluran pipe , jambatan , lampu jalan raya , penghadang jalan , bangunan dan perumahan.
Serangan Karat Menyeluruh
Proses karat ini berlaku secara meluas dan menyeluruh pada permukaan besi dan tidak berlaku secara bertompok. Proses ini secara halusnya menipiskan setiap sisi lapisan besi di mana sering berlaku pada paip besi. Ia mudah dikenali pasti apabila wujudnya permukaan kasar pada besi.
Biasanya terjadi kerana menggunakan bahan-bahan besi yang tidak sesuai dengan kawasan cuaca yang menghakiskan. Lapisan perlindungan coating adalah cara yang sangat berkesan untuk mengawal kadar proses karat. Perlindungan katodik atau “cathodic protection” adalah teknik elektro kimia yang boleh juga mengawal proses karat dan sesuai digunakan di bawah tanah yang ditenggelami air.
---
Pengaratan Setempat
Proses karat berlaku secara bertompok dan bertempat pada permukaan besi. Melalui proses ini , karat tidak berlaku secara meluas dan menyeluruh pada permukaan. Jenis-jenis proses pengaratan setempat adalah seperti:
1) Crevice Corrosion atau (Kakisan Celah)
Proses ini berlaku di ruang celah antara 2 permukaan besi yang dilihat agak terhad untuk pendedahan air dari cuaca persekitaran. Tetapi, proses karat masih berlaku.
2) Pitting Corrosion atau (Kakisan Pitting)
Proses karat yang menghasilkan lubang pada permukaan besi. Ia dianggap lebih berbahaya berbanding serangan karat umum kerana sukar untuk dikesan dan dijangka.
3) Filiform Corrosion atau (Kakisan Filiform)
Proses karat yang berlaku di bawah lapisan filem coating. Ia berbentuk seperti urat di atas permukaan besi yang telah disapu coating.
---
---
Gambar-gambar karat di atas sangat jelas dan nyata menunjukkan Ia sangat membahayakan keselamatan dan kesihatan dalam kehidupan harian anda. Dengan sekelip mata sahaja nyawa anda boleh terancam jika tidak dicegah awal.
---
Souce: ArifKhalid.com
Jika anda ingin tahu cara-cara untuk mencegah masalah karat yang mengancam kehidupan harian anda, jangan malu-malu untuk hubungi Like Armour Team di :
+6011 63165789 atau +6011 6316 5799.
Untuk pembelian secara online, boleh dapatkan di
HAPUS KARAT , JIWA SELAMAT!!
Kommentare