top of page
Writer's pictureLike Armour Malaysia

[Check 5 benda ni untuk kawal karat di rumah anda]

Updated: Mar 23, 2023

Di antara kita ada yang sudah lama menetap di rumah kediaman masing-masing. Ada yang melebihi 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun, dan ada juga yg baru berpindah ke kediaman baru - terutamanya pasangan yang baru berkahwin dan dalam perjalanan awal mendirikan rumah tangga.

.

Kat mana pun kategori kita, kita semua tau memiliki rumah adalah aset, dalam masa yang sama ianya juga memerlukan satu komitmen yang tinggi bagi memastikan rumah berada dalam keadaan kemas, bersih, sihat, dan strukturnya selamat untuk seisi keluarga.

,

Tahap awareness kita dalam memahami faktor faktor di atas memainkan peranan yang penting bagi memastikan keselamatan keluarga. Sebab tu la jadual maintenance harus ditetapkan bagi setiap Tuan rumah.

.

Tuan rumah kena rajin sgt untuk check keadaan sekeliling rumah, paling kurang pun sebulan sekali lah kalau dah busy sgt. Bayangan kalau kita tak check, tiba tiba ada bumbung awning yg runtuh akibat crack atau karat yang dah lama sampai struktur awning tu pun jadi lemah. Tak ke risau anak2 bermain-main kat kawasan tu.

.

Kali ni kami di Like Armour nak share antara 5 benda yang you all kena check dekat rumah untuk kawal masalah karat:


1) Pagar berkarat

Kes ni dah terlampau banyak kami jumpa di kalangan customer kami. Selalunya karat akan timbul (spark) di bucu pagar. Sekali muncul, karat ni akan merebak dgn sangat laju - dan tak lama akan merosakkan struktur gate ni. Tak pasal- pasal kena ganti yang baru. Mahal tau.


So bila you all check pagar and ternampak rust macam ni, cepat cepat la remove rust tu ok! Lepas dah remove jgn biar aje - sapukan Anti Rust sekali supaya dapat lindung dari humid/udara lembap kat luar tu.


2) Dinding putih tiba tiba jadi coklat


Ape tu? Nak kata teh tarik tumpah, kenapa bila hujan tak hilang? hmm ni la akibatnya bila steel rebar yg tertanam dalam konkrit tu tak diberi protection yang baik. Lebih teruk lagi, bila dinding konkrit ni juga tak diberi perlindungan coating yang baik untuk elak dari kelembapan udara, dan hanya dicat dengan cat water based yang biasa.



Kalau nak ikutkan masalah ni, memang lebih elok buat pagar baru lah. Sebab struktur kat dalam dah lemah. Kalau kereta accident langgar pun senang pecah ni.

.

Tapi you all jangan la tunggu jadi macam ni baru nak tukar pagar ya. Seeloknya salutkan anti rust di steel rebar sewaktu awal renovation/pembinaan rumah tu, atau kalau dah terlepas, adakan maintenance session sesama keluarga untuk menyalutkan lapisan concrete sealer ke atas dinding tu. Tak rugi merajinkan diri ya, lagi tahan lama ada!


3) Sistem paip bocor

Kalau ada leaking saluran pipe macam ni, setengah case mudah - ketatkan aje saluran tu supaya tak leaking.

.

Tapi kalau masih leaking, you all boleh tengok kat mana punca dia, mungkin pipe tu sendiri berkarat. Sebab tu bila kita cuba "tighten" - masih leaking.

.


Then sambil2 tu you all boleh check kalau air tu dah "contaminated" atau kelihatan berkarat la senang cerita. Kalau air dah berkarat - kadang kadang puncanya boleh jadi dari sistem paip di bandar atau kawasan yang you all duduk. Time ni la you all kena jadi penduduk yang berhemah dan ambil kisah tentang bukan keluarga je, tapi juga jiran-jiran yg lain dengan cara - call Air Selangor (kalau yang di Selangor lah). Kalau di kawasan lain - call jabatan air kawasan masing masing ya!


4) Kebersihan gutter


Amalkan rutin sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk bersihkan gutter dari daun daun atau ranting yang stuck atau tersekat dekat situ.

.

Kenapa?

.

Pertama, elak air bertakung la untuk elak nyamuk biak dekat situ - untuk tujuan ni seminggu sekali paling terbaik!

.


Kedua, bila air bertakung dekat situ - akibat dia gutter tu akan terdedah kepada air, dengan kata lain kadar kelembapan tu sangat tinggi yang boleh menyebabkan karat. Bila karat berlaku, struktur gutter ni automatik jadi lemah, dan ada sesetengah rumah, gutter tu menjadi senget akibat air tak dapat mengalir dengan lancar - banjir di gutter. Some cases, air terus jatuh di situ dan tidak mengalir ke saluran yang sepatutnya.


Point seterusnya untuk isu gutter ni, ada kes yg mana skru dekat gutter tu berkarat. Ini sebab skru tu tak disalutkan dengan lapisan anti karat selepas siap maka timbullah spark karat di situ. Untuk yang baru pindah rumah, pastikan you all guna Like Armour Anti rust di skru skru gutter ni. Setengah orang nampak benda ni macam masalah kecil. Bila karat dah timbul, baru menangis.


5) Peralatan (tools) untuk bertukang.

.

Skrudriver, kapak, parang, alatan gardening, cangkul semua tu -> kalau karat, macam mana you all nak buat kerja? Lagi-lagi bila emergency..tepuk dahi hadoiiii....

So make sure yeee you all jaga semua peralatan ni... simpan di tempat yg kurang lembap dan sentiasa check. Disarankan jugak untuk adakan tempat atau rak penyimpanan yang proper supaya you all boleh constantly check keadaan tools tu, dan tak rasa leceh untuk cari dalam stor.

.

Cara penyelesaian karat:

1) Gunakan Like Armour Rust Remover (foto kiri) untuk buangkan karat tu dulu. Kena buang dulu ya! Buat betul2. Sapu dulu juga habuk habuk yang ada atas besi tu

2) Step ke-2, sapukan Like Armour Anti Rust (foto kanan) untuk protect besi dari kelembapan.

.

Layari www.likearmour.com untuk info selanjutnya, atau hubungi/whatsapp kami di

+601 163 165 789 atau +601 163 165 799

.

Untuk pembelian secara online, boleh dapatkan di



257 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page